Pages

Friday, July 4, 2014

Ayam Goreng Masak Asam

Assalammualaikum semua..Semenjak berpuasa ni saya memang jarang nak update blog.Resepi masakan dah banyak yang saya try.Tapi tak pernah nak free nak update..hehe..So,skang ni sempena masa yang singkat dan semuanya nak buat dengan pantas saya kongsikan resepi ayam goreng masak asam.Ha nape namanya macam tu jom kita tengok resepi dan cara nak menyediakannya.Memang mudah untuk buat juadah berbuka.


Resepi Ayam Goreng Masak Asam

Bahan-bahan (1-2 orang makan)

3-4 ketul ayam
Air asam jawa (pekat)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
minyak untuk menumis
1 sb sos tiram
garam/ajinomoto
Bahan2 dia mudah je kan
Cara penyediaan :-

-Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng ayam tadi sehingga separuh masa.Ketepikan.
-Panaskan minyak dalam kuali,masukkan bahan yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.
-Masukkan sos tiram dan air asam.Kacau sehingga mendidih.Kalau nak kuah banyak bolehla tambahkan air.
-Masukkan ayam,garam dan ajinimoto mengikut cita rasa.

Ha,mudah jekan.Tak sampai setengah jam pun.Selamat mencuba :)




0 comments:

Post a Comment