Assalammualaikum korang..Lama tak post apa-apa kan.Actually
haritu habis cuti sekolah saya plak yang gi bercuti bersama keluarga. Bercuti
pun tak jauh,dekat Bukit Merah Laketown Resort je.Korang pernah gi tak?Nannti
saya buat short entri tentang tempat tu k. Ok,kita tinggalkan dulu BMLR,entri
sebenarnya adalah kek Japanese Cotton Cheesecake. Setakat ni,kek keju yang
pernah saya buat adalah Snow Cheesecake..Apa? Takde entri pasal tu,hehe takpe
lepas ni saya buat k. Jom kita tengok resepi dia.
Resepi
Japanese Cotton Cheesecake
(Diambil dari anncoojournal.com)
265ml susu penuh cream (guna Goodday)
85g mentega (guna Buttercream)
250g cream cheese (guna Tatura)
40g tepung
gandum
35 tepung
jagung
7 biji telur
putih
7 biji telur
kuning
¾ st cream
of tartar
125g gula
kastor
2st perisa
Vanilla
![]() |
bahan-bahan yang diperlukan |
Cara-caranya
:_
1.
Masak susu dan mentega dalam periuk pada suhu
medium sehingga sebati. Masukkan cream cheese dan kacau sehingga lembut dan
sebati. Bekas yang saya gunakan ni kecik,so dinasihatkan guna bekas yang besar
sikit k.
![]() |
kacau menggunakan hand whisk |
2.
Masukkan tepung dan tepung jagung yang telah di
ayak kedalam adunan susu,butter dan cream cheese tadi. Adunan akan menjadi
pekat.
![]() |
Putih telur dan kuning telur yang telah diasingkan |
3.
Selepas tu,masukkan kuning telur dan perisa
Vanilla dan kacau sehingga semuanya sebati.Kemudian pindahkan ke dalam mangkuk
besar dan biasrkan sehingga sejuk.
4.
Dalam mangkuk yang berlainan,putar putih
telur,gula dan cream of tartar sehingga soft peak.
![]() |
putih telur,gula dan cream of tartar yang semakin gebu |
5.
Campurkan meringue tadi ke dalam adunan cream
cheese sedikit demi sedikit.Hanya kaup balikkan sahaja k,jangan kacau
berlebihan.
6.
Panaskan oven 160c,kemudian tuang adunan tadi ke
dalam kek tin berukuran 9”.Saya tak ada loyang 9” so saya bahagikan kepada dua acuan.
7.
Setelah itu bakar menggunakan teknik “water bath”.Selepas bakar,jangan keluarkan terus kek tadi k.Biarkan sampai sejuk.Kek akan jadi sedikit turun.
Inilah rupa
kek japan saya.Dari segi rupa memg azab,tapi rasanya sangat lembut dan moist.hehe..Praktice make perfect.Jumla lagi untuk second attempt :)
2 comments:
awesome
hehe..tq :)
Post a Comment