Pages

Saturday, June 21, 2014

Japanese Cotton Cheesecake

    Assalammualaikum korang..Lama tak post apa-apa kan.Actually haritu habis cuti sekolah saya plak yang gi bercuti bersama keluarga. Bercuti pun tak jauh,dekat Bukit Merah Laketown Resort je.Korang pernah gi tak?Nannti saya buat short entri tentang tempat tu k. Ok,kita tinggalkan dulu BMLR,entri sebenarnya adalah kek Japanese Cotton Cheesecake. Setakat ni,kek keju yang pernah saya buat adalah Snow Cheesecake..Apa? Takde entri pasal tu,hehe takpe lepas ni saya buat k. Jom kita tengok resepi dia.







Resepi Japanese Cotton Cheesecake
(Diambil dari anncoojournal.com)

265ml susu penuh cream (guna Goodday)
85g mentega (guna Buttercream)
250g cream cheese (guna Tatura)
40g tepung gandum
35 tepung jagung
7 biji telur putih
7 biji telur kuning
¾ st cream of tartar
125g gula kastor
2st perisa Vanilla

bahan-bahan yang diperlukan


Cara-caranya :_

1.       Masak susu dan mentega dalam periuk pada suhu medium sehingga sebati. Masukkan cream cheese dan kacau sehingga lembut dan sebati. Bekas yang saya gunakan ni kecik,so dinasihatkan guna bekas yang besar sikit k.
kacau menggunakan hand whisk




2.       Masukkan tepung dan tepung jagung yang telah di ayak kedalam adunan susu,butter dan cream cheese tadi. Adunan akan menjadi pekat.
Putih telur dan kuning telur yang telah diasingkan

3.       Selepas tu,masukkan kuning telur dan perisa Vanilla dan kacau sehingga semuanya sebati.Kemudian pindahkan ke dalam mangkuk besar dan biasrkan sehingga sejuk.
4.       Dalam mangkuk yang berlainan,putar putih telur,gula dan cream of tartar sehingga soft peak.

putih telur,gula dan cream of tartar yang semakin gebu

5.       Campurkan meringue tadi ke dalam adunan cream cheese sedikit demi sedikit.Hanya kaup balikkan sahaja k,jangan kacau berlebihan.

6.       Panaskan oven 160c,kemudian tuang adunan tadi ke dalam kek tin berukuran 9”.Saya tak ada loyang  9” so saya bahagikan kepada dua acuan.

7.       Setelah itu bakar menggunakan teknik “water bath”.Selepas bakar,jangan keluarkan terus kek tadi k.Biarkan sampai sejuk.Kek akan jadi sedikit turun.

Inilah rupa kek japan saya.Dari segi rupa memg azab,tapi rasanya sangat lembut dan moist.hehe..Praktice make perfect.Jumla lagi untuk second attempt :)


2 comments:

the creamcracker said...

awesome

Dolce De Sweet said...

hehe..tq :)

Post a Comment